Tuesday, 1 January 2013

2013 PLEASE BE GOOD TO ME

Assalamualaikum my new year friends,

Hari ini bila tengok kalendar kat iphone dah tak ada angka 2 di belakang itu. So its mean today and yesterday is still a new year!!. Hehehe itu pun mahu mention lagi ke? All the world tahu hari ini dah pun masuk 2 JANUARY 2013. 

And ALHAMDULILLAH, tanggal 2 January 2013 ini, hamba Allah yang bernama Azie ini masih lagi bernafas dan bernyawa. Syukur ya Allah atas kurniaanMu yang satu ini.  Yang paling best wake up this morning azie macam dapat satu inspiration yang best. Today nak update blog as reward for myself on this special date. theeheee.. Reward camne?? Reward untuk azie list out my dreams for this 2013. yerla tak pernah azie being serius untuk tulis azam semata-mata tahun baru ni tau..! Even azie tahu ramai sangat yang bernama manusia buat dan tulis azam mereka, tak kurang yang re-list saja azam tahun lepas. What so ever, masing-masing punya cara yang tersendirikan.

Setahun berlalu, 12 bulan yang datang dan pergi dengan seribu satu kemanisan dan kepahitan. Apapun yang berlaku setahun yang lepas, penanda aras untuk kita semua upgrade diri dan hidup kepada yang lebih baik. And for 2013, most welcome to my life and if i can say, "please, please and please be good for me yaaaa..?"


As i said, this special entry was about my dream lists sepanjang tahun 2013 ini. Semoga dengan adanya post sebegini, it could remind me always 2013 bukan tahun-tahun yang biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. 2013 menjanjikan lebih banyak pencapaian, pengalaman dan pelangi-pelangi indah dalam hidup ini. ohhh kenapa begitu berbunga sekali bahasa mu ini azie? xoxoxo

~ So lets start countddown the list starting 1st JANUARY 2013 until 31st DECEMBER 2013 ~
-
-
-
-
-

1) MENJADI ANAK YANG LEBIH BAIK

Wuuhuuuu, general dan skema sungguh azam mu yang satu ini. Tapi bole dikira azam jugak kan? Apa guna lagi kalau hidup di dunia yang fana ini jika tidak mahu menjadi anak yang baik kan? Dalam erti kata lainnya, azie describe sikit kat sini anak yang baik itu maksudnya apa. 


Banyak cara untuk menjadi anak yang baik. Anak yang baik tentunya menggembirakan hati kedua orang tuanya. Macam gambar di bawah. Lihatlah betapa ayahandaku ini terlalu gembira. thehehee.. Dan jangan salah faham, kedua-dua gambar ini tidak membawa maksud bahawasanya azie ini anak yang baik. Cuma yang azie bole katakan, indah dan berkatnya hidup kita andai senyuman dari kedua ibu bapa kita mengiringi perjalanan hidup kita.

-
-
-
-
-
 
2) MENJADI DIRI SENDIRI YANG LEBIH POSITIF

Dulu-dulu selalu buat andaian bila nak buat sesuatu perkara. Dan andaian itu biasanya bersifat negatif. Belum buat lagi dah fikir-fikir macam-macam yang negatif. Thats why hidup selalu diselubungi perasaan takut.



And right now, i would like to announce .....!!


Ohhh nampaknya, baru dua azam yang di senaraikan. Sometimes orang akan tanya, tak ade ke azam yang lebih realistik..? Yang hasilnya lebih nampak dalam erti kata bahasa melayunya..?

Just relax...=) Sememangnya ada. Cuma kenapa azi senaraikan dua azam ini dulu? Supaya lebih senang untuk azie mencapai azam-azam yang realistik itu nanti. So guys, jom kita continue the lists.
-
-
-
-
-

3) MELAHIRKAN LEBIH RAMAI CROWN DIAMOND MANAGER (CDM) HEBAT

Haaaa tadikan nak yang lebih realistik.. So now, azie update list azam yang azie mahu capai tahun ini dengan melahirkan lebih ramai CROWN DIAMOND MANAGER yang hebat. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa dia CROWN DIAMOND MANAGER itu? Since yang belum tahu, this is the highest rank in our company HAI-O MARKETING SDN BHD... Well said, "ooooooo, you business hai-o rupanyer.." huhuhu

Yess I am.. Tahun lepas azie dah di nobatkan sebagai CDM 2012, and InsyaAllah tahun ini, business partner pula yang akan di raikan. Tak sabar nak menuggu hari itu, and for sure a lots of planning and work must be accomplished as soon as possible. But then, azie totally happy and excited to go through the project 2013 in order nak melahirkan lebih ramai CDM-CDM yang hebat.

Banner gambar sendiri yang digantung khas bersempena dengan Majlis Ulangtahun Syarikat Hai-o Marketing.

-
-
-
-
-

Dengan capaikan impian rakan kongsi pasti impian kita akan tercapai juga. So that insyaAllah melalui peluang bisness yang azi sedang pegang sekarang impian dan azam baru yang lain akan terlaksana sama. Dan azie includekan semua azam kecik dan azam besar azie dalam satu post yang special pada hari ini. Di bawah ni a few of list azam kecik azie untuk azie pastikan ia tercapai dan terlaksana dengan jayanya seiring dengan 3 azam besar di atas.. So,,,,,,

Lets check it out..!

>> Penuhkan Buku Simpanan yang ada  <<


>> Umrah untuk Mak, Ayah dan Diri sendiri <<


>> Kahwin...?? <<

~ ohhhh ini bukan azam, ini dah jatuh tahap memang suatu kewajipan. But then mungkin belum masanya lagi, kasi saspen saja ini azam ~


Mudah-mudahan segala apa yang dirancang berjalan lancar. If  tak rancang, tak ada aim might be kita pun tak tahu apa yang ingin kita capai dalam hidup. Sepanjang azie hidup di muka bumi Allah ini, inilah kali pertama azie quite serius dengan azam yang azie lakukan. Dulu-dulu azie juga antara golongan yang selalu memandang rendah pada orang-orang yang mahu berazam sangat ni. Mana tidaknya, pada azie renew azam atau buat azam baru sama sahaja setiap tahun. Padahal ustaz dan ustazah dulu selalu ingatkan....

 " HENDAKLAH KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM "


So kawan-kawan, jom sama-sama kita pilih untuk menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini, InshaAllah.


 Akhir kata dari azie,

 SELAMAT TAHUN BARU 2013