Thursday 28 August 2014

SURAT UNTUK AYAH



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum

Hari ini genap usianya 70 tahun. 29 ogos 1944 sehingga 29 ogos 2014, Allah meminjamkan kepada aku seorang ayah yang berhati mulia  buat kami sekeluarga sehingga usianya sudah mencecah 70 tahun. Jika diambil umur nabi sebagai pengukur umur umat akhir zaman iaitu Nabi wafat pada umur 63 tahun, Allah sudah lebihkan 7 tahun untuk ayah masih bersama-sama kami. Syukur ya Allah, mungkin di saat ini ada orang yang sudah tiada ayah, tapi ketahuilah kalian juga tetap pernah punya ayah. Jika mereka sudah di alam sana, berjanjilah pada diri untuk jadi anak yang sentiasa mengirimkan pahala buatnya. Buat yang masih punya ayah, alangkah beruntungnya kita. Mereka di depan mata kita untuk disayangi, untuk dihormati, untuk dikasihi..

Tidaklah kami merancang apa-apa sambutan yang istimewa sempena hari lahirmu ini ayah. Namun kau tetap teristimewa di hati kami. Ayah, terlalu banyak perkara yang telah menyinggung hati dan perasaan mu sepanjang membesarkan aku. Biarpun surat ini tidak dapat kau baca, biarlah aku tulis juga buat tatapan seantero dunia betapa aku beruntung punya ayah seperti kamu…..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ayah, 

Kelahiranku kau sambut dengan iqamat yg merdu. Meski aku langsung tidak mengerti apa bacaan yang kau bisikkan ditelinga ku itu, tapi aku tahu aku lahir dalam sebuah keluarga yang bahagia. Aku fikir aku anak tunggal kesayangan ayah dan emak, rupanya aku berbagi kasih dan sayang bersama-sama lagi 10 kakak dan abang di atas aku.. Saat aku lahir ke dunia ini, usia mu sudah menginjak 40 an. Meski aku lupa bagaimana zaman bayi dan kanak-kanakku, tapi aku tahu betapa jerih dan payah ayah membesarkan aku.

Duhai ayah,

Tidakkah ayah ingat, akulah anak yang paling malas dan takut ke sekolah tadika. Biarpun di sua baju baru, dijanjikan itu dan ini, mendukung aku duduk di belakang tempat duduk basikal tuamu, aku menangis sekuat hati mahu pulang juga mengikutmu semula. Lalu diheretlah basikal tua itu kembali, menuruni tanah merah yang belum berturap balik semula ke rumah. Apalah perasaan mu ketika itu ayah?. Yang aku ingat, aku tersengih-sengih duduk di tempat duduk basikal sambil menggigit karipap pemberian cikgu di tadika sebagai umpan memujuk aku. Tidaklah aku peduli, betapa kau menginginkan aku seperti anak-anak yang lain, belajar A,B dan C mengira 1,2 dan 3… tidak ayah, aku tidak mahu ke sekolah..aku mahu tinggal di rumah sahaja bersama kalian….

Masa yang kian pantas berlalu. Alhamdulillah, mahu juga aku ke sekolah, kerana aku kini sudah di sekolah rendah. Masa itu baru ku tahu, alangkah nikmatnya ke sekolah. Cuma satu yang aku tidak suka dan barangkali malu, hampir setiap pagi aku dan kakak-kakakku lewat hadir ke sekolah. Kerana apa? Kerana motor tua cabukmu yang selalu rosak dan perlu ditolak beramai-ramai sebelum ia hidup utk menghantar kami ke sekolah. Ayah, kalaulah kau dapat baca air mukaku pada masa itu, betapa aku marah dengan moto tuamu itu. Mahu saja aku berkata, “campak sajalah ke sungai ayah”. Walhal moto itulah yang berjasa sehingga aku tamat sekolah rendah. Meskipun begitu kau tetap gigih menghantar kami, ayah. Lewat tengahari kau ambil kami dari sekolah pula, memujukmu untuk singgah di kedai ABC, sampai di rumah, menukar baju cepat-cepat mengajakmu mandi di sungai pula. Biarlah matahari sejengkal pun dari kepala, kau turutkan jua. Menggendong kami, mengajar aku dan adik berenang sehinggalah kami pandai berenang dan tidak lagi mengajakmu mandi bersama-sama. Kononnya sudah punya kawan-kawan sekepala, aku tidak lagi ke sungai bersama-samamu ayah….

Awal kemasukan ke sekolah menengah, terlihat betapa besar jasa dan pengorbananmu ayah. Biarpun kau tidak punya ijazah yang tinggi, tapi visimu jelas untuk melihat kami adik beradik semua berjaya. Ayah, aku tidak mahu ke sekolah yang engkau pilih, yang engkau usahakan itu, kerana ia terlalu jauh dari rumah kita. Di situ pula lebih ramai orang berada dari orang seperti kita. Aku tak mahu ayah. Apalah malang nasibmu ayah, dapat anak seperti aku. Sudah dihantar ke sekolah yang baik, setiap hari meronta mahu pulang. Masih aku ingat, setiap hari jam 6.30 petang, kau akan pergi ke rumah jiran terdekat untuk menunnggu panggilan telefon dari aku dek kerana rumah kita tiada telefon rumah pada masa itu, jauh sekali “telefon tangan”..! Panggilan itu tidak lain dan tidak bukan memaksa mu datang mengambil aku untuk dibawa pulang ke rumah. Aku tidak mahu sekolah ayah. Biarlah aku di sekolah biasa pun asalkan dekat dengan mu dan emak. Beberapa hari selepas itu, Ayah datang…. Akhirnya ayah datang….Datang dengan terpaksa meminjam kereta bapa saudara aku. Aku kira ayah datang untuk membawa aku pulang selama-lamanya. Tapi ayah tak ke pejabat pun. Ayah cuma menunggu di kantin.  Emak juga tiada bersama, yang ada cuma bekal kiriman emak, “nasi himpit dan kuah kacang” untuk  makan di asrama, atau mungkin buat pujuk aku supaya jangan balik, teruslah bersekolah di sini. Ya itulah yang berlaku. Dengan linangan air mata, aku kembali ke kelas dengan perasaan yang bercampur baur, mungkin masa itu aku masih tidak tahu apa ertinya sabar dan redha, nasihat ayah "teruslah bersekolah di sini"…….. Allahuakbar, betapa saat menulis perenggan ini berkaca-kaca mata ini mengingatkannya kembali… maafkanlah aku ayah……..

Masa berjalan, berlari dan bergerak pantas. Semakin menginjak dewasa, baru aku memahami kenapa ayah bersungguh mahu aku bersekolah di situ. Biarlah dia susah mencari duit untuk memberi belanja kepadaku, biarlah dia susah menunggang moto dari kampung ganchong ke terminal Kuantan menghantar anaknya ini menaiki bas pulang ke sekolah setiap bulan, asalkan anaknya terus bersekolah di situ. Masih aku ingat, perjalanan dari kampung ke terminal Kuantan, kami akan melalui satu kawasan pantai. Biasanya kami bertolak awal, setengah jam di atas moto sudah cukup menjadikan punggung aku kebas, lalu ayah memberhentikan motonya di pantai, membawa aku menghirup udara di situ... Ada sekali hujan turun lebat, kami tiada baju hujan, berteduhlah di masjid berhampiran sementara menunggu hujan berhenti. Sambil memeluk tubuh, ayah memujukku lembut “sekejap lagi redalah ni…” Ohhhhh ayah, betapa semua itu buat aku rindu pada kenangan lalu.. Menyambung semula perjalanan, menepuk-nepuk aku di belakang ketika berhenti di lampu isyarat takut-takut aku tertidur………..
ya Allah, nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan bilamana aku punya ayah seperti ayah……




Tetapi ayah, 

Setelah aku dewasa dan aku punya kerjaya, aku lupa siapa dan bagaimana “ayah” kepada aku dahulu. Walhal dulu ayahlah hero, ayahlah penyelam dasar sungai kami, ayahlah tempat bermanja, ayahlah tempat meminta itu dan ini. Aku kian lupa apa yang ayah sudah berkorban demi aku sehingga aku di posisi sekarang. Aku mengejar harta siang dan malam, dengan niat untuk membantu ayah dan emak, meninggalkan kampung halaman berhijrah seketika ke kota besar. Saban hari, saban minggu ayah bertanya ke mana pergi. Balik sekejap, esok sudah pulang.. Sembang ayah dan emak sebelum tidur sentiasa berkisar tentang anak itu, anak ini termasuklah aku.. emak kehabisan idea, mahu “backup” si anak bila ayah bertanya, ke mana pergi……. Setahun, dua tahun, tiga tahun, aku kira doa ayah dan emak yang makbul, bukan doa aku. Bertahun lamanya aku muncul dan pergi di pintu rumah mereka, akhirnya aku kembali semula ke pangkuan kalian sebagai “anak kecilmu” 27 tahun yang lalu..

Maafkanlah aku ayah, maafkanlah aku emak. Biarpun leteran kalian tidak mampu aku terima dengan hati yang terbuka, tapi itulah yang buat aku rindu, itulah yang buat aku benar-benar dewasa. Kalianlah yang telah mendidik aku dengan baik, tiada cacat celanya, melainkan aku sendirilah yang hanyut dengan dunia yang penuh pura-pura ini. Duhai ayah, duhai emak, terimalah aku sebagai anak yang kalian kandungkan, susukan, besarkan, mandikan, manjakan, dan mungkin yang pernah mebuat hati tua mu luka. Redhakanlah aku wahai emak dan ayah, berkatilah setiap pengorbananmu selama ini. Aku anak yang banyak membuat hati tua mu risau, hati tuamu bersedih, hati tuamu tak keruan tidur malamnya……..

Terimalah aku, redhailah aku dan ampunkanlah segala dosa dan perbuatan kasarku kepada mu wahai ayah, wahai emak….


Selamat hari lahir ayah, semoga syurga Allah yang paling tinggi darjatnya buat kamu, ayah dan emak……….



Salam sayang, 

Azie Junid
(hamba Allah, bukan siapa-siapa)


Wednesday 13 August 2014

Maturity, is that you?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum.....

18 Syawal 1435 H.. 
Semakin menghampiri penghujung Syawal. Kalau-kalau ada lagi sahabat-sahabat yang belum berpuasa enam, masih ada kesempatan. InsyaAllah, mudah mudahan Allah terima segala amal soleh kita dan menjadi asbab untuk kita masuk ke syurgaNya bersama-sama.. ameeen

Berpagi-pagian macam nih, rasa rindu pulak nak menulis di alam maya. Walhal, setiap hari pun aku akan update status di FB mahupun Instagram. Itupun alam maya kan? hehehe Tapi, maksud aku yang sebenarnya, di blog yang semakin tak berpengunjung nih.. Kenapa tiba-tba excited nak menulis? sebab aku baru berdaftar dengan nuffnang.. nuffnang baru tahu aku nih penulis belog.. tapi aku pun tak tahu apa fungsi dan kegunaan berdaftar dengan nuffnang nih. maklumlah, aku memang buat blog sekadar suka-suka. tak de pulak nak pasang impian jadi macam Hanis Zalikha ke, Irine Nadia Marcello ke, Dr Fatin Liyana ke, jauh sekali papagomo. (>__<)

Makanya, pagi nie tak adelah topik yang hangat sangat nak dibahaskan, tapi tertarik nak berkongsi satu fenomena adik kakak abang zaman sekarang.. Fenomena laman sosial. Rata-rata kita rakyat Malaysia, setiap seorang mesti ada account Facebook paling kurang pun. Kalau dia ada smartphone ataupun Tab, haruslah ada 7 ke 8 account laman sosial termasuk Facebook, Instagram, Tweeter, Wechat, Bee talk, Skout aihhh macam-macam lagilah... 

Pada aku tak ade masalah, sebabnya itu hak peribadi masing-masing. Aku sendiri ada account Facebook, Instagram dan Wechat.. Itu pun nasib baik Tweeter tak pandai sangat nak "tweet-tweet", kalau tak haruslah cukup 8 account.. Kawan-kawan yang nak add aku jadi friend bolelah click trus kat sini https://www.facebook.com/azieizah.junid atau sudi menjadi follower aku di Instagram http://instagram.com/aziejunid.

Tapi yang menjadi masalah apabila, kesemua account laman sosial awak tuh, mahu dikongsi status yang sama. Aku tak cakap bermasalah pada semua orang, kemungkinan bermasalah pada aku seorang. Rasa-rasa kalau di (+) di (-) di (x) di (bahagi) kawan kawan di fb, instagram mahupun wechat, kebanyakannya adalah orang yang sama jugak. Jadi kalau kau online bersama iphong 4 ko yang boleh dikategorikan seperti "hidup segan mati tak mahu" tuh, di wechat dialah, di fb dialah jugak, di instagram pun dia, dengan status yang sama haruslah kau rasa macam nak  "cabut sim card henfon" satu hari. hahahahaha.

Dulu-dulu aku terpikir jugak, biarlah dia, apsal ko nak rasa menyampah, buat tak tahu cukuplah. tapi dah hari-hari asyik ko saja orang yang sama, haruslah aku akan click butang "hidden you"... Aku tak tuju pada siapa-siapa sebab terlalu ramai orang yang begitu. Silap-silap orang yang menulis entry nih pun pernah buat macam tuh, pernah "dimeluatkan" oleh orang lain akibat ketaksuban berkongsi segala benda di laman sosial. Aduhaiiiii, kalau ada, aku mintak maaf zahir dan batin.. Jika betul aku jugak begitu, siapa-siapa yang pernah jadi friend atau follower aku, mohon tegurlah jika aku masih buat.

Aku ada gambar menarik nak share. Betul-betul ditujukan khas kepada diri aku dan mungkin sahabat-sahabat di luar sana. Akhir kata dari aku, kalau korang ada tertekan entry nih, dan macam ada terasa sikit-sikit, "ehhhh macam perli aku jer nih" aku mintak maaf yer kawan-kawan.. Entry ni sekadar suka-suka , memanaskan enjin belog aku nih yang semakin sepi.. tak ade maksud apa-apa, sekadar berkongsi fenomena rakyat Malaysia, yang setiap saat suka berkongsi kisah hidupnya dengan orang lain. Tak salah cuma meluat sikitttttt jer hahahahahaha (>_<)



Salam sayang,
Azie Junid
(hamba Alllah, bukan siapa-siapa)


Sunday 10 November 2013

AZIEJUNID TRAVEL STORY (part 1 Korea)




ASSALAMUALAIKUM...


Selamat petang.. Petang apa..??? Apa-apa sahajalah mengikut tempat dan situasi anda membaca post ini.. ehehehehe.. Ayat pertama untuk seorang blogger amatur seperti Azie, "ohhhh dah lama tak buka laman sesawang blogspot nie, sampai bermaharajalela dah sawang-sawangnya.."


Walau follower nya masih tak berganjak dari 9 orang (hade aku kesah, tapi kesah sebenarnya, jadi korang tak reti-reti nak jadi follower ke??) LOL xoxo =) by the way tak mengapa.. Azie ok jer sebab blog ini pun dibuat bukan untuk menjejak follower berjuta-juta lemon, cukup sekadar melepas gian untuk menulis. If ada yang sudi follow, Alhamdulillah (sob..sob..) hehehe.


Okeylah, back to the basic, Azie ada story nak mory glory in the evening nie. Storynya macam panjang tapi tak tahulah kesampaian tidak untuk menulis panjang-panjang nie sebab agak kesuntukan dan kekeringan idea untuk mengarang.. hehehe. Cepuk kepala sendiri sebab tadi kata storynya panjang, belum cerita lagi dah giveup nak menulis panjang-panjang. kih kih kih... Dont worry baby, i will do my best okey..!


Ceritanya pasal KOREA, pasal penyanyi k-Pop, pasal mencari GOO JUN PYO sunbae di Seoul, Tower, pasal menolak kimchi sebab tak sedap, pasal gayat nak naik BUNGIE BUMP di Lotteworld Theme Park, pasal ehhhh macam-macam lagilah..takde pasal aku nak tulis semua.. hehehehe


So, dipendekkan cerita yang banyak pasal tadi tuh, insyaAllah Azie cuba tulisnya by part ek. Actually, once upon a time dulu, as our annual trip by company yang Azie sedang bekerja sekarang, kami akan melancong ke Shanghai, China. Nak dijadikan jodoh, trip itu ditukar ke negara Korea yang awesome lagi famous itu berikutan Shanghai yang sedang darurat dilanda wabak selesema burung. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Azie rasa, Azielah orang pertama yang dilanda perasaannya macam orang bercinta. OMG..!! dan jika OMG itu di translate, ia menjadi OH MY GOO jun pyo..!hehehehe.


Dan berikutan dengan itulah, Azie macam tak sabar sangat nak cerita apa yang ada di Korea eventho Azie tahu ramai yang dah ke sana. Tapi ini version Azie ke Korea, mungkin tak sama dengan korang-korang kan..?  So, jangan scroll ke tempat lain, scroll terus ke bawah jom kita tengok macam mana version Azie junid ke Korea.. Check it out..!



Cakkk...!! ehehh, kita dah sampai Korea. Kami tiba ini masih awal pagi, tak silap dalam pukul 5.40 pagi. Macam best jer bile nak update status kt facebook, " Dinner di Kuala Lumpur, breakfast di Incheon airport, Korea.." hehehe silalah jangan mengata apa-apa di sini. Kan typical status untuk orang-orang yang excited level maksima macam Azie nih.. So, ampun yer korang.. x0x0x0

Actually, macam mana Azie dapat pergi Korea nie, korang semua bole tengok semula post-post Azie yang lepas. Azie sebenarnya buat business with Hai-O company. So every, 3 times in year, Alhamdulillah kami akan melancong secara exclusif dan yang paling penting PERCUMA (satu sen tak payah bayar kata kau), so tersangat-sangatlah jimat dan best tahap gaban..! Okey itu cuma selingan pengenalan untuk kawan-kawan yang terbaca post ni tapi tak pernah godek-godek blog Azie nih.. =)

Acara lawatan pagi tuh diteruskan walau berkali-kali kami merayu pada tour guide untuk bermandi manda dulu.. ekekekeke..Tipu jer. Even tak mandi (tapi gosok gigi yer), kami takde kisahnyer dah. Yang penting, Korea Aku Datang.....!!!




Ini tempat pertama yang kami lawati, sebuah muzium kesenian dan istana raja. Hari yang kami sampai itu, kebetulan public holiday, so nya agak ramai pelancong dan orang tempatan berkunjung ke situ. Kami tak excited untuk tahu sejarah istana itu, tapi kami excited untuk berjimba ramba, bergamba gaya ala-ala k-pop di situ.. Ohhhh k-pop kah gaya gambar di atas.. hew hew hew..


Mata terpejam berikutan terlalu ramai korean look di situ. hehehehe



Kemudian, kami ke Ittaewon street melihat kedai-kedai serbaneka dan cosmetic shop yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Patutlah orang-orang korea kulitnya cantik mulus dan bersih, kerana mereka merupakan negara pengeluar alat cosmetic yang sangat famous dan terbesar. Antaranya, SK-II , simplyct, entah apa lagi, dua itu sahaja yang Azie tahu. hahahaha patutlah kulit tak semulus orang Korea.. eheek 






Yeaaaayhhhh begitulah bergambar tak tentu masa. Ini kalau pakai kamera yang guna filem gulung mahu tak kan posing mcam-macam sebab nak jimat. ohhh terima kasihla kepada yang menciptakan kamera digital sehingga kami memang tak segan silu untuk bergambar..hehehe. 

Dah sampai Ittaewon street..... Nampak tak streetnye tuh.. Berderet kedai you olss, kami cuma pusing-pusing kat depan tuh jek sebab dah tak larat nak jalan. Jadi untuk menjaga hati tour leader yang membawa kami ke situ, maka membelilah kami segala macam facial mask, feet mask and kalau boleh nak request kat diaorang the whole body mask untuk kasi kulit flawless, licin kebaboooom.. kih kih kih.

Okeylah perut pun dah lapa, sebab seharian berjalan. Nak membeli makanan-makanan tepi jalan macam di Malaysia haruslah tak berani.. So, untuk lunch kami ke restoran nih.. Mungkin ada "Maharaja" yang sedang menanti di dalam.


Ingatkan Korea dah autumn masa kami pegi tuh, rupanya belum. Jadi selendang yang dililit-lilit bagai nih rasa macam berada dalam sauna yang tak berbayar.. Tapi bak kata kawan Azie ," orang beriman memang pakai tudung labuh dan tebal zie ". Okey, saya faham maksud kamu di situ (selingan tak ade kene mengene) hehehehe.

I have to stop at here. Ada panggilan dari yang Esa Azie perlu laksanakan dulu. If berkesempatan, kita sambung lagi part 1 nih. If tak, faham-faham sajalah bila idea seorang penulis amatur tak berkesampaian. eheeeh.. 

Jumpa lagi, salam sayang dari Azie. Assalamualaikum (^____*)

Saturday 29 June 2013

ASSALAMUALAIKUM

Lately, fenomena BAR KECANTIKAN MARINE ESSENCE aka " Sabun Pencerah Ketiak " makin menjadi-jadi. Justeru banyak tempahan yang azie terima melalui customer di laman sosial facebook.

 Tak kurang juga yang bertanyakan keberkesanan dan kandungan produk ini. Jadi untuk memudahkan fahaman kawan-kawan kat luar sana mengenai produk hebat ini , azie buat short post special entry for
 " SABUN PENCERAH KETIAK "



Sabun pencerah ketiak dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Sabun pencerah ketiak memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

 Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Sabun pencerah ketiak pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!




KANDUNGAN dan KELEBIHANNYA PULA..????


Monday 3 June 2013

APA NAK BUAT JIKA BELUM BERJAYA......

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini, tertarik rasa hati nak share email yang azie subscribe pada mulanya dengan niat saja-saja. Kononnya nak tahu apa pergerakan atau informasi terkini dari seorang usahawan melayu yang berjaya. 

Maka azie subscribe untuk dapatkan maklumat tambahan melalui emailnya. Tapi bila diteliti kandungan setiap email yang di terima, isinya bukan lagi saja-saja.

Bila tengok tajuk post ni, seoalah-olah sudah berputus asakah kita..?? Jawapannya bukan, malah jauh sekali merasa rendah diri. Yang penting kalian belum membaca isinya lagi kan..??
Bagi sesiapa yang pernah merasa roda kehidupannya sedang berada di bawah , kadang kala terdetik dalam hati  " apakah nasib aku ini tidak sebaik orang lain..?? 

Nah persoalannya bukan begitu, banyak lagi ruang dan peluang yang kita bole upgrade kan lagi kehidupan ini. Namun bagi yang sudah berjaya, tak salahkan kita mengamalkannya untuk menambah lagi ilmu dan pengetahuan kita
_
_
_
_
_
_
_
_
_
Apa nak buat jika belum berjaya..??
(by Dr Azizan Osman) 
Posted: 02 Jun 2013 07:00 PM PDT

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? Ada 9S yang anda boleh buat! 

1) Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.

2) Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.

3) Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoakan kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.

4) Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5) Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.

6) Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7) Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8) Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9) Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!




WE ARE WHAT WE THINK

Assalamualaikum readers


Short post before sleep and end of Monday...

Biasa dengarkan, orang cakap " Kamu adalah apa yang kamu makan "

Azie ubah sikit, language and the whole pepatah " You are what you think "


Actually bukan ubah, memang kebanyakan motivator pun used this phrase.. hehehehe

So, you alls setuju..??? azie totally agreed.. see my smile tuu.. ( ^____________^)



Then, i need to think that " TOMORROW WILL BETTER GOOD THAN TODAY "


Good Night everyone, ASSALAMUALAIKUM





~ With Love CDM AZIE ~

Saturday 30 March 2013

THROWBACK ~ LONDON PARIS (part 1)

ASSALAMUALAIKUM dan HAPPY SATURDAY MY FRIENDS ^_*
Haii you alls..? Sedang buat apa petang-petang sabtu macam ni. Ada yang tengah layan hindustan ke..?? hehehehe.. Anyway selamat berhujung minggu ek. Seminggu dua ini, cuaca quite panas sampai kadang-kadang bahangnya tue terasa sampai ke kepala. Time panas-panas macam ni laa dok bayang semula alahai syoknye masa main salji kat Paris hari tue..

Ohhh lupa nak bagitahu, actually we all baru balik dari London Paris "which is" last two weeks ago..kikikiki.. So kadang-kadang slang London Paris tue masih tersyasyul-syasyul lagi.. hehehehe.. By the way, ceq tetap orang kampung naa walau dok makan salad jer kat london hari tue.. =)

Jomlah layan gambar terus.. baru syookk nak cerita kat semua.. EnJoy....!!!


 OMG KUANTAN bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). First time naik ERL you alls.. ^_^


This time tak naik Malaysia Airlines, tapi kami naik Vietnam Airlines.. Not bad, mana-mana pun ok janji free kan?? hehehehe

wink..wink.. kami dah berlepas dan transit di Lapangan Terbang Hanoi, Vietnam dulu.


Ni diaa baru tiket ke London by Vietnam Airlines.. YESSS..!!!! akhirnya London kami datang jugak =>


Yuuhuuuu..!! First time azie naik flight yang international boarding macam nie. Boeing ni sangat besar dan sangat gagah untuk bawa kami terbang ke LONDON


 Bye..bye.. Malaysia and Vietnam.. (sambil lompat k-pop)


Walaupun gelap, akan aku bagitahu jugak apa aktiviti diaorang nie masa 13 jam duduk dalam kapal terbang. Dan tak lain tak bukan adalah membuta (bahasa kasarnya) dan makan maggi cup.. yuummeehhh, awesome ooo makan maggi cup dalam kapal terbang. Semua yang tidur akan terbau, bangun dan mintak sikit.. HaaAiissshh, ni yang malas nieyh.. x0x0x0x0

Dan setelah mengharungi perjalanan selama hampir 13 jam, akhirnya kami selamat sampai di bumi LONDON yang awesome... tak percaya awesome..?? okey jom tengok yang nie pulak.





Nahhhhh... turun-turun flight terus naik LONDON EYE you alls..






And at last, we had our group photo di depan LONDON BRIDGE =)



So, this is for part 1. Ada banyak part lagi insyaALLAH azie will update as soon as possible ok..
BYE ^_*




WITH LOVE ~ CDM AZIE OMG